Neraca Ilahi

neraca Ilahi,neraca langit. apa yang bermakna sgt dengan neraca ini?

bercakap soal neraca,semua orang membayangkan penimbang.bila perkataan digabungkan, ia menjadi persoalan akhirat.sejauh mana kita membawanya kepada kehidupan? saya sebenarnya cuba memuhasabah diri yang telah tersungkur ke lumpur jahiliyyah yang menjijikkan. saya kalh pada ancaman seronoknya bermain di dalam lumpur nan kotor lg hina itu.
setelah dua bulan berkelana,saya sedar di manakah neraca dalam kehidupan saya selama ini. saya terlalu mengambil mudah dalam setiap acara yang memerlukan lebih dari bisikan hati yang menentangnya. saya mengambil mudah dalam setiap perkara-dengan mempercayai bahawa tindakan saya tidak melepasi batas islam yang sepatutnya. pergaulan yang melebihi level bebas itu sememangnya benar2 merimaskan saya.tapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa. owh,sy sudah terbiasa dalam keadaan itu.bahkan sudah hiang tidak selesaan itu.bila hati sudah tuidak sensitif,maka laku menjadi pesimis. hati ini sudah tidak lagi mengikut neraca ilahi,tidak lagi berterusan membenci kejahilan. berlagak modenlah katakan. owh, betapa hinanya diri ini.

kerapkali statement2 yang terkeluar di ruang angkasa yang mencabar keagungan penciptanya. terbias kekesalan bagaimana bunyi2 berirama deras dan kasar itu mengoyak kelembutan alam yang berselindung di balik angkuhnya insan. saya terfikir adakah Sang Pencipta mahukan hambaNYa yang lemah ini bersuara membetulkan keadaan. berusaha menempel luka gurisan yang pedih terhadap kepercayaan dan kehambaan pada yang ESA. mungkinkah Sang Pencipta mahu menguji hambaNya yang hina ini akan betapa AgungNya kuasanya dalam menentukan hati hamba dan hidayahNya.Namun, yang jelas, luka itu terbiar sepi dan aku masih tersenyap menanti hukuman. owh, hukuman di hari akhir yang kupasti tidak mampu menanggungnya.

aku juga tersadung dalam jurang yang besar.mencari2 cahaya untuk menerangi lubang ini. terlalu dalam dan kelam. aku menjadi buta. seringkali terhantuk dengan dinding yang kekadang melahirkan perasaan yang mengasyikkan.Ya,Allah.aku kalah lagi.kebutaan yang menjerat aku untuk terus kekal di situ.

kini,aku perlu nekad untuk kembali menilai dengan neracaNya.bertindak dengan neracaNya. suka dan duka aku keranaNya.aku harus tahu bergantung pada kuasa langit.aku harus sedar akan bimbinganNya.jika suatu ketika di zaman Rasul,mereka merasai ada tali yang memimpin hidup mereka,aku juga harus merasainya. aku juga harus meneliti pesanan2 dari langit. tiap aku cuba membuat keputusan, neraca Ilahi harus kugunakan.harga sgt mahal tetapi sgt pasti kepersisannya-sangat adil dan jujur. sangat tulus dan halus.

Ya, Allah,berikan ku ruang utk kembali ke jalanMu yang diredhai....

Comments

Popular Posts