confession

setelah melalui hari-hari sukar dalam hidup,kita makin mengerti tentang diri,tentang dunia sekitar,tentang hidup,tentang mati,tentang muda dan tua,dan tentang DIA-Tuhan kita.

sungguh akhir-akhir ini,hati ini semakin kucar.penat dan leti memikirkan apakah yang dimahunya hati ini.ke mana ia mahu pergi dan ke arah timur,barat ia menuju.

mahu saja dikeluarkan segala isi hati,dihamburkan dan dimuntahkan agar diri ini memahaminya.namun, itu sungguh sukar dan terlalu membebankan.

sekoyong-koyong teringat mfz syed qutb yang terlalu benar tiap butir patah katanya.sekalipun dalam terjemahan. akulah manusia yang di dalam lumpur itu,kembali bermain dgn permainan kanak-kanak dan kembali dgn anagan-angan dan impian anak-anak.sungguhpun terasa amat hanyir dan buruk,aku masih di situ-enggan keluar. dan mangapa jadi begini? perhatikan perkataan kembali. ya,suatu ketika dulu,aku pernah menjadi orang yang sedar,namun, mutakhir ini aku menjadi pelumpur semula.

masih sibuk menyelimuti diri dengan karat2 jahiliyyah yang oernah kucerai2kan dari diri suatu ketika dulu.diri ini terasa susah berada dlaam situasi yang tidak selesa itu,tapi diteruskan pabila laah bisa tegal biasa. terukkan?

ingin sgt aku kembali tetapi semuanya bagai kelabu dan tidak pasti.aku sedar aku harus buat dgn cepat,jia tidak aku akan makin tenggelam...

Comments

Popular Posts