paper cut

selepas berfikir sedalam-dalamnya,menoleh sebentar ke belakang,saya kini lebih tenang.jiwa kacau telah reda,alhamdulillah.

semalam saya begitu sibuk.dlm kesibukan itu saya beberapa kali terasa jantung tercabut.dept ni mmg zero defect. u cant afford to do any mistake. rectification after the mistake will cost too much. nak cerita dlm sibuk2 tue,saya melukai jari saya dengan kertas... darah pun keluar-sy x sempat nak hiraukan,malah fikir setakat kertas,dlm mana sgt luka boleh jadi.maka,sy pun lap dan biarkan saja sehingga kerja saya selesai.

tiba masa utk solat.ambil wudhu'.aduh!sakit bangat.pedih luka td baru terasa...

dan sekonyong-konyong itu saya terfikir,apalah sgt luka kecil ni,tapi pedih juga.

begitulah luka di hati ini.hanyalah seperti 'paper cut'.seguris dan bisa baik dlm masa yg sekejap.

so,saya nak ckp,hari ni saya dah ok.walaupun mata still bengkak,tapi saya rasa lebih ringan dan tenang.

puncanya,ada seorang teman ingatkan saya tentang basic kepada semua yang terjadi.bukannya salah sesiapa tetapi pokoknya dari iman dalam hati. jika kita benar2 beriman pada Allah kenapa kita persoalkan kasih syg yg semakin pudar atau persahabatan yang kian luntur kerana semuanya kurniaan Allah dan hanya Dialah yang berhak mencampakkan rasa itu dlm hati.kenapa mahu salahkan orang sebab kita patutnya melihat sesuatu dengan sudut pandang positif.bayangkan dengan bersangka baik itu mampu menyelesaikan banyak perkara.org bercerai sebab bersangka,bercinta sebab bersangka,marah,sedih,gembira adalah kerana bersangka.maka,hiduplah kita dengan bersangka baik.Allah dah bagitahu awal2 dlm Al_quran surah al-Anfal:63 bahawa Allahlah yang mempersatukan hati kita kerana walau kita sedaya upaya mencuba dengan segala harta yang kita ada,hanya Allah saja yang mampu menjadikan ia 'menjadi'.

maka,nak risau apa.jalankan tanggungjawab sebagai saudara dan kawan sebaiknya.terpulang kepada Allah untuk menghubungkan hati kita. =) kan best camtu.kenapalah nak sedih2,nak risau2 orang x share cerita dengan kita lagi, xnak jawab telefon kita,x relpy msg kita, x berkongsi kegembiraan dgn kita, sebab segalanya Allah juga yang berhak memberi. menggerakkan hati mereka menjawab,me'reply' dan berkongsi dengan kita. hurm... so, sy ni dah oklah jiwanya?

insyAllah,atas kurniaan Allah. bila Allah melapangkan dada ni,teringat surah al-Insyirah dan ad-dhuha.sebab masa ni pun nabi sedih2,terasa seprti Allah meninggalkan baginda sehingga Allah ingatkan nikmat2 Nya kepada nabi.macam jugalah saya,Allah seprti ingatkan balik nikmat2 yang saya dpt melalui perantaraan rerakan semua,dengan peranataraan alam dan peristiwa.

best kan berada dalam nikmat iman dan islam ni.suatu perasaan yg x dpt digambarkan...

p/s: kekdg bila terlalu cepat berlari,perlu sesekali berehat dan merenung alam.lihat diri dan tindakan kita sebelum ini...banyaknya kesilapan,kesalahan dan betapa tidak bersyukurnya saya..

p/ss: buat teman2 , maafkan saya sekali lagi

Comments

Popular Posts