bila hati terusik

saya tahu saya silap,saya tahu saya salah.dan tolonglah maafkan saya,dan jgn kerana saya,perkara lain turut menjadi mangsa.

saya melalui hari2 yg teramat sibuk yang tidak memungkinkan saya mampu berfikir sewaras-warasnya tindakan saya malah prioriti hidup saya.

maafkan saya kawan2 andai tiada masa utk menemani di hujung minggu,tiada tanay khabar yg lewat di talian telefon anda dan tiada ucapan mesra yg singgah di skrin laptop kalian.diri ini sentiasa rasa bersalah,ingin menghubungi,bertanya khabar dan mengambil berat ttg kalian,namun orang yg bernama siti ni tidak mampu.

sekalipun sesekali kecewa dgn jwpn yg diterima.itu bukan alasan utk saya tidak menghubungi kalian yg lain,saya tidak menggunakan prinsip, seekor kerbau terpalit,semuanya akan terkena sekali.saya juga tidak menggunakn prinsip 'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.' saya sesekali tidak ingin merosakkan hubungan persahabatan dan persaudaraan kita yg dihubungkan hanyalah kerana Allah. kasih syg saya sebenarnya hanyalah kepada Allah.

sebenarnya,saban hari sy memikirkan kalian.otak berputar2 mencari penyelesaian atas kejauhan dan ketidaksempatan kita ketemu.sehingga kdg2 saya juga merenung jauh-adakah kalian juga begitu.malangnya semua yg dlm fikiran x diterjemah dlm tindakan,yg menyebabkan kita semakin jauh,ukhuwwah kita semakin renggang,kasih sayang semakin kering...untaian rantai2 itu semakin rapuh,adakah menati putusnya.

sesekali air mata mengalir mengenangkan semua ini,namun saya mengaku saya tiada masa utk terlalu bersedih atas apa yg berlaku. kerja kita di luar sana semakin byk-semakin ramai yg mahukan islam dan tangan kita semakin kurang.

kdg2 sy terfikir cukupkah waktu utk melakukan semua itu.laratkah saya menanggungnya.tetapi,murabbi sy pernah berkata,"kita dikurniakan 24jam juga seperti org lain.selagi kita x pengsan bererti kita masih berdaya lagi."

malam2 tidur saya diiringi ingatan terhadap kalian.namun,tangan ini tidak cepat2 menekan telefon utk menulis sepatah dua sekadar bertanya berita dari jauh.diri ini mengharapkan perasaan itu cukup kuat utk smpi ke hati yg beribu km jauhnya,ataupun yg hanya sejemput shj jauhnya.sy sygkan kalian.malah lebih dr segala-galanya.

maafka andai tersalah kata
terkasar bahasa
terlupa...

-siapalah aku tanpa kalian-

Comments

Popular Posts