fikir-fikir

taken from: http://muntalaq.wordpress.com/2008/05/15/titik-tolak-dakwah-kita/

1. Titik tolak dakwah kita

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !

Ungkapan si berpengalaman dalam tarbiyyah mengingatkan betapa pentingnya kita mengerti benar-benar asas tapak mulanya perjalanan.

Kita berjalan dan mengharungi jalan ini bukan kerana geram dan membalas dendam. Bukan juga kerana ikut-ikutan dan seronok bersama-sama teman. Bukan juga kerana mengisi masa umpama hobi menghilangkan ‘boring’.

Setelah manusia tersentak mendengar cerita dan fenomena umat dan dunia yang kita bentangkan, maka proses kedua yang amat penting ialah membawa mereka mula memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana.

Tetapi proses ini akan dimulakan secara langsung atau tidak dengan menunjukkan tapak titik tolak kerja ini. Sentakan pertama tidak kuat untuk mengekalkan mereka di jalan ini. Sentakan semangat itu sama dengan semua semangat-semangat yang lain yang akan hilang. Ia tidak lebih umpama kertas yang mudah menyala tetapi akan segera terpadam.

Titik tolak ini akan menjadi fasa kedua selepas manusia rela bersama dalam tarbiyyah kita. Untuk memahaminya dan mengekalkanya bukanlah suatu yang mudah.

Oleh itu membentuk manusia yang faham akan titik tolak ini adalah usaha berterusan yang tidak boleh ditinggalkan atau dilalaikan sepanjang perjalanan kita.

Ia boleh dilupai. Boleh dilalaikan sebentar oleh pelbagai sebab dalaman dan luaran di sepanjang jalan.

Notakaki:saya terkesima membaca ayat terakhir-kiranya saya ini adalah orang yang dilupai itu-dilalaikan bukan sebentar sahaja. saya faham dan saya akur.saya mengharapkan saya benar-benar faham supaya tidak terlalu kecewa.semuanya bertitik-tolak dari permulaan yang tidak baik oleh diri saya sendiri. InsyaAllah akan memulakan sekali lagi-kali ini memulakan dengan langkah pertama yang jernih!

Comments

Popular Posts