sy x mahu jadi seperti buih2 di lautan...

saya terkenang hadis rasullulah saw ttg buih.mengingatkan sy ttg umat kita yang ramai tetapi seperti buih-buih di lautan.butih itu tidak kekal.sy mengimbas kemabali jejak2 yang sy tinggalkan.adakah saya buih2 itu? adakah saya yang menghabiskan masa dengan perkara sia-sia. sy amat kesal pada suatu masa sy menghabiskan berjam-jam dihadapan komputer hanya utk menonton anime naruto.mmg bagi pengajaran,bg motivasi,bg hiburan.namun,ada masanya, peruntukan masa utk perkara itu berlebihan. masih terngiang-ngiang di fikiran sy mendengarkan plan kehidupan seharian adalah dengan menonton movie,cerita korea, internet, etc... sy renung kembali,apakah dengan itu semua kita akan masuk syurga? cuba fikirkan sekali lagi,adakah dengan itu semua kita akan masuk syurga... kita percaya atau tidak adanya syurga itu.sejauh mana kita yakin kewujudan syurga itu. atau fikir lebih jauh lagi,sejauh mana kita percaya wujudnya Allah.dlm islam, apa yg sy rasakan paling sukar ialah mepercayai Allah itu sendiri. perkara2 feqah x patut dijadikan alasan yg merumitkan andai kita settle dgn percaya pada Allah.sy merasai nikmatnya apabila tiada org di sekeliling yang mampu membantu saya,sy mendapat pertolongan Allah dan merasai kasih sygnya dengan melihat alam.malah, dengan melalui pengalaman yg tidak disangka-sangka.sy merasakan pada masa itu pergantungan sy hanya pada Allah.di kala even ibu bapa sy tidak dpt membantu... siapakah yang dpt meringankan bebanmu...surah al-insyirah.. siapa yg dpt melakukannya melainkan Allah.sy mohon keampunan Allah dengan sepenuh2 harap kerana seminggu dua ini byk tersilap langkah,tergelincir tutur bicara,tersadung ke pintu dosa. maka, apakah yang sy harapkan lagi dlm dunia ini selain keampunan dan kasih syg darinya. biarlah org berkejar-kejaran mencari keseronokan di dunia,mencari nama dan mencari kepuasan.sy juga mengejar dunia itu,insyaAllah sy mahu dunia sy di tangan sy bukan di hati.

di manakah letaknya saya ini dihadapan Allah?

Comments

Popular Posts