apa khabar eeman?

khabar baik insyaAllah.adakalanya, sgt sukar utk bertanya iman masing2.maybe patut buat mabeet lagi.mabeet-such a cool name. malam bina eeman dan taqwa. baru lepas bercakap-cakap dgn abah.abah kata dekwan demam.makin kurus duduk dekat kem plkn tu.tapi,takpe, itu pengajaran hidup.walaupun saya tidak tahu sejauh mana keberkesanannya mendidik anak2 muda yang liat seperti kami ini.seliat manapun,jika pandai mengubahnya,insyaAllah pasti akan menjadi juga.saya sebenarnya rindu kepada keluarga saya terutama adik sy yang seorang itu.ada ketikanya sy terasa ingin mengalirkan air mata melihat cerita2 berkaitan famili ini.[cik siti ni terlalu sensitif] sy terfikir jika ujian berjauhan dengan keluarga pun saya tak dapat atasi bagaimana pula dengan ujian-ujian yang lain?

semalam,saya belajar byk benda.terutama dalam pengurusan masa,prasangka dan berhati-hati. sy membuat janji utk bertemu rakan sy pada jam 4 ptg di surau kami.sy begitu sibuk utk mem'print' bahan-bahan untuk usrah hari ini.selepas itu,sy terus ke library utk mnegutip buku.jam menunjukkan sy masih ada masa utk beratur dan mengambil buku sy itu. sy beratur,tanpa sy sedari org2 di hadapan sy menggunakan masa terlalu lama di kaunter.tibalah giliran saya,jam sudah menunjukkan jam 4.sy lihat di belakang barisan terlalu panjang.rugilah sy yang menunggu ini utk terus ke surau dan beratur baik kemudian.sy berkira-kira sy hanya mengambil masa 2,3 minit di kaunter. sy melupakan dan memudah2kan janji sy dengan rakan jam 4 ptg.makcik librarian itu rupa2nya mengambil masa terlalu lama berulang-alik mengambil buku yang betul.rakan sy sudah menelefon,nada suaranya marah.owh, sy pertama kali berurusan dengan rakan saya yang seorg ini.arghhh,matilah saya.pasti sy akan meninggalkan record buruk dlm buku akhlak sy.sy sgt risau sehingga mahu sy terus pergi dr kaunter tanpa mengambil buku.tapi,sy teruskan sj usaha sy mendptkan buku.setlah 10 minit berlalu,sy tiba dis usrau.dia marah wlpn sy meminta maaf.risau kerana sy yg meminta pertolongan dia.dia ckp ini tak boleh tolerate.sy angguk saja.salah sendiri kan? sy pun cerita2 apa yg sy ingin dia tolong.dia kata ok.lepas tu,sy minta maaf lagi.then,dia stresskan 'lambat' is not ok.

sy terasa macam agak sedih jugalah masa itu.sy terasa macam buat salah besar je.sy ingin ajak org ke arah kebaikan tapi sy gagal menunjukkan contoh yang baik.sy gagal.GAGAL. sy merancang utk membaca buku NO LOGO yang ditugaskan utk sy oleh module CIM. dalam sedih2 begitu sy x jadi membaca buku itu dan terus mencapai buku stephen covey yg baru sy pinjam td.sy membaca buku iu seiringan dengan ingatan2 sy terhadap apa yg sy pelajari selama ini.surah a-insyirah dan surah ad-dhuha yang memujuk hati Nabi. hati sy sedikirt terhibur.sy kembali normal.tapi,peristiwa ini mengingatkan sy supaya punctual dlm solat juga.dgn manusia sy boleh berasa sedih,apatah lagi dgn Allah.sy mengabaikan tggjwb sy dan melengah2kan solat adalah sgt tidak boleh diterima.azam sy utk solat on time!insyaAllah berjaya...


jangan biarkan prasangka2 buruk itu menguasai hidup kita.dalam dua minggu ini,prasangka yg sy letakkan pada seseorg boleh berubah 360 darjah. dia org baik sebenarnya... jika sy boleh bercakap dgn dia,pertama-tama sekali sy ingin meminta maaf padanya...

Comments

Popular Posts