salam perpisahan

saya baru sahaja membuka email setelah sekian lama duduk di rumah melakukan kerja2 seperti biasa. cuma apa yang membuatkan saya masih memegang prinsip hidup mesti berfaedah adalah dengan membaca buku. baru-baru ini saya memcari maklumat untuk program motivasi, saya sengaja membaca buku 'teknik berfikir ....' panjang juga tajuknya. tetapi ternyata walaupun sudah bertahun buku ini dihasilkan, ia masih praktikal. saya pernah membaca buku ini dahulu, cuma mungkin dahulu kurang memahami,malah kurang pengalaman. kini, saya melihat dunia dengan pandangan yang berbeza. malah, saya cuba mengisi kebosanan hari-hari saya dengan mengaplikasikan pelbagai teknik berfikir. salah satunya adalah dengan membuat analogi dengan pelbagai kata nama. buka saja kamus dan cuba relatekan dengan satu tema. malah, sudah terhasil satu cerpen drnya. saya tidak boleh tidur kerana terlalu excited.

minggu depan rakan saya akan berkahwin. saya harap sy dapat menghadirinya. sibuk pula minggu depan. saya akan ke brunei yang saya terlalu inginkan sejak 1st year di universiti. saya memang suka berjalan, dalam masa yang sama selalu rindu rumah. tak boleh berjalan lama-lama. semalam saya buka balik cita-cita saya dulu.coretan perancangan yang pernah saya cuba lakarkan.masih banyak yang saya belum capai. ada satu tu, saya nak capai 1 juta bila saya berusia 21 tahun. gila juga fikiran saya masa tu. ni mmg x realistik sebab saya tak kerja lagi.malah ,takde langsung pendapatan sampingan. tetapi, impian saya untuk menjelajah banyak tempat, ada banyak yang dah tercapai.

bercakap pasal berjalan, saya yang baru pulang dari aussie banyak terkenangkan mereka di sana. Oh,sy memang mengagumi mereka.tetapi, rakan sy di sana berpesan supaya saya kagumi mereka sekadarnya.mereka juga sama seperti saya-manusia biasa.kadang-kadang bila bercakap saya mungkin membanding-bandingkan suasana di sana dengan uk atau malaysia. sebenarnya bukanlah disengajakan. aussie memang ada istimewanya. begitu juga dengan uk dan malaysia. tempat yang ideal di mata kita kadang-kadang nampak ideal sebab kita melalui sesuatu yang tidak ideal.mungkin bagi mereka yang melaluinya hanya menganggapnya sekadar biasa saja.

saya bukan mahu menghakimi seseorang kerana itu bukan tugas saya.tetapi ada tulisan yang saya baca baru-baru ini berbunyi seakan merajuk dan mengejek.saya terfikir sudah lama,apa saja yang saya dapat di aussie itu saya akan cuba applykan.tetapi suara-suara mengatakan ia tidak realistik kerana pengalaman sebelum ini mengatakan ia tidak berjaya. betulkah? owh, sudah pasti kami tidak mampu mengubah seluruhnya. tetapi saya akan cuba.biarpun suara2 ini seakan melemahkan semangat saya,ia tidak mampu menguburkan semua. saya punya cara tersendiri,malah ada sebab tersendiri.sy tahu ada orang kata sy ni pandai berkata-kata saja tetapi tidak membuat kerja. owh, orang senang sekali berbicara,tetapi kita sendiri tahu apa yang kita lakukan.
otak saya sekarang penuh berisi idea.seboleh-bolehnya saya memang nak keluarkan semuanya, tetapi saya tidak mampu.

pengalaman tidak dapat dikongsi,hanya cerita yang mampu diceritakan. perasaannya tidak sama. suasana juga tidak sama. perkara-perkara subjektif tetap akan menjadi subjektif. sehingga sekarang saya sering tertanya-tanya adakah sama serupa apa yang saya lihat dengan apa yang orang lain lihat. adakah wajah itu sama. memang saya tidak akan jumpa jawapannya selama-lamanya.ia tetap akan menjadi misteri

pesanan saya buat diri sendiri:teruskan bermimpi.teruskan mencoret idea-idea. kita takkan tahu mana satu yang paling bagus, bukan?

Comments

aRie said…
salam siti..
nk ckp thankx for the postcard.. br dpat tadi.. hehe.. takpe, no worries.. i'allah pnjg umor kite jumpe lagi, ok? maap kalo ade slah silap mase ko kt aussie. take care, aite! salam sayg dr clayton. mmuahh.
ur welcome.sori sgt2 x dpt luangkan masa..takpe nx year ct dah balik mesia.arie cuti nnt terus jumpe siti kat bank negara ye...

Popular Posts