Yes, I'm married ... but?

Sebelum menjadi Mr. dan Mrs.
Seperti yang lainnya, saya juga amat gembira menerima undangan walimah rakan taulan dan sahabat handai. Sekalipun tidak gemar ke majlis yang panas, ramai orang dan terpaksa senyum sepanjang masa, tetapi saya bahagia sahaja apabila sampai di tempat kejadian. Hanya bila nak menggerakkan hati untuk pergi tu sahaja macam amin tarik tali.

Ramai orang menasihati saya(yang masih belum berkahwin) bahawa perkahwinan ini akan mendatangkan ketenangan yang sukar diungkapkan. Teruja saya mendengarnya kerana ingin tahu sangat apa itu 'ketenangan yang sukar diungkapkan.' No, saya tidak gatal nak berkahwin kerana saya tahu masanya itu di dalam tanganNya.

Baru-baru ini, dan dalam beberapa kali perbualan yang lalu, saya dikejutkan dengan statement begini - "Ha, yang belum berkahwin ni, jangan nak cepat-cepat sangat menikah. Nanti terkubur dnt." Ok, bukan exactly begitu,tetapi lebih kurang begitulah ayatnya. Extreme kan? Seketika saya menilai kata-kata itu dengan kadar perlahan dan santai.

Ada benarnya.

Benar.

Memang betol pon!

Bukan nak menghalang orang berkahwin, tetapi isu ini isu serius yang menjadi masalah bagi daie.

Bayangkan anda membawa halaqah super hebat, qadaya panjang pulang 1-2 pagi, hujung minggu penuh dengan daurah, mukhayyam, nadwah dan malam-malam weekdays anda pula ada meeting penyelarasan dan aktiviti-aktiviti menDF dengan hebatnya. Itu sebelum berkahwin, dan juga boleh diteruskan apabila anak masih belum muncul dalam hidup anda. Lifestyle ini menjamin kelangsungan dakwah, namun dia menyebabkan anda bukan hidup bersuami jika diteruskan. Jika anda masih berkelakuan sedemikian, maksudnya anda GILA, bukan gila-gila.

Dalam dua ini, anda tidak akan dapat keduanya secara sempurna, harus korban salah satu, dan salah satunya disempurnakan oleh orang lain. Saya berkata ini berdasarkan pengalaman. Orang cengil tidak akan berlemah lembut, kerana keduanya itu kontradik tetapi menyempurnakan. Ok, kembali kepada perbincangan, isunya di sini adalah masa. Sebaik mana pun, seefisien mana pun ada, harus ade 'give-n-take' di situ. Jika anda masih serius dengan halaqah, anda akan ketinggalan dalam aktiviti ukhuwwah sesama akhawat. Seriusnya, mana mungkin anda akan dapat keduanya.

Atas dasar inilah, kenyataan di atas dilontarkan. Yakni, sebelum anda membuat keputusan untuk meneruskan sesi taaruf dan betul2 berkahwin, pastikan hati kita ini benar-benar yakin dengan qadar Allah. Yakin bahawasanya akan ada masanya, anda terpaksa memilih dan moga Allah menguatkan hati anda untuk memilih demi membantu agama ini. Jangan jadikan perkahwinan anda mangsa untuk menutup mulut mama anda yang bising-bising, mahupun akhawat yang kian kalinya menyeru anda berkahwin, mahupun naqib/naqibah yang mencalonkan akh/ukht terbaik buat anda, tetapi nilailah dan tetapkan keputusan anda dengan hati yang tenang. Kita hanya mahukan kebaikan untuk agama Allah ini, bukan untuk diri,tetapi jika perkahwinan itu tidak menjadikan anda bahagia, tetapi jiwa lebih kacau, maka berdoalah speenuhnya pada Allah agar Dia menguatkan kita, memberikan cahaya di saat genting dan mengurniakan buah kesabaran yang paling agung.

Kerna, saya juga gelisah, berapa banyak kes yang saya ketemu, jiwa kacau setelah berkahwin, tidak setabil kerana berjauhan suami etc. Luka hati saya mendengarnya bercampur cuak menghadapi hidup berkahwin. Walaupun kekadang terbayang jika Allah menentukan untuk saya tidak berkahwin di dunia, sanggupkah saya menuju ke syurga keseorangan? Nah, memikirkan syorga, apa pun kat dunia ini kecil dan remeh.

wallahua'lam.

Peringatan untuk saya sebelum berkahwin#

Comments

Popular Posts