Hadiah hari lahir

Hari lahir yang ke-27 dan ke-56 untuk Malaysia.

Biasanya bila hari lahir je, sure ada kek, tapi tahun ni tidak. Sementara mak abah n adik beradik menyambut hari lahir saya(tanpa kehadiran diri ini), seorang anak buah saya menulis ini di ruang FB nya. Ikutkan saya, tersenyum simpul juga, sebab hanya 10 peratus sahaja diri saya. yang lain tu saya tak tahu dia cedok dari mana... apa2 pun terima kasih keran buat hari saya ceria dan gembira.

KOmen beliau di FB nya (tanpa men'tag' saya)

Alhamdulillah lebih kurang 3 tahun yang lalu.. 
Takdir menemukan saya dengan sekumpulan sahabat yang membawa saya ke jalan tarbiyyah sekaligus menemukan saya dengan seorang insan yang cukup special di mata saya.. 
Seorang murrabiyah (pendidik) yang sangat osem.. 
Yang saya tak mungkin dapat lupa sampai hari ni.. 
Dia adalah seorang dai'eyah yang sangat penyabar dan lembut hati.. Walaupun kami sangat slow phase dan tak faham2 (or maybe pura2 tak faham hehe) mesej yang cuba disampaikan, namun dia tetap bersabar melayan karenah kami.. 
Saban minggu dia datang dengan wajah yang ceria, dan terus memberi dan memberi, sehingga senyumannya terus melekat di ingatan saya.. Kadang2 memberi ilmu dan berkongsi cerita, kadang2 ada bonus memberi ilmu, berkongsi cerita dan makanan (ho yeah!).. 
Pernah juga dia bawa kami rehlah (berkelah) dan jalan2..
Waktu tu memang best, walaupun kadang2 terdetik akak ni tak penat2 ke saban minggu datang ke teratak kami memberi dan terus memberi tanpa menerima apa2? 
Walaupun sempat bersamanya dalam masa yang singkat sahaja.. Sekarang saya mulai faham segala pengorbanan tu dan makin saya faham makin saya kagum dengannya - apa lagi dengan pencapaian2nya, yang seimbang dunia akhirat. Hebat kariernya, percakapannya, mutabaah amalnya, penyampaiannya namun masih juga seorang yang merendah diri dan berlembut hati dgn adik2 usrahnya. 
Hari ni hari jadi dia.. 
MasyaAllah, selamat hari lahir naqibah pertamaku, yg tiada pengganti.. Terima kasih atas segala-galanya, semoga Allah SWT merahmatimu akak..  :,)



ok, saya nanges juga baca ni T.T

Comments

Popular Posts