Makna luas dan bahagia yang sebenar

Mama...
Dia memang cinta hati saya... Saya tidak mungkin boleh hidup tanpanya... Mama, tolonglah faham. Hidup mati saya adalah kerananya. Bahagia dan sengsara saya adalah kerana dia. Mama... kembalikan erti hidup saya. Kerana cintanya, dunia ini luas mama... seluas saujana mata memandang, seluas alam cakerawala. Mama pasti tidak sanggup membiarkan dunia saya ini sempit... Mama, mama tolong fahami saya...


Ini dialog drama Uda dan Dara...barangkali.

Makna bahagia itu lebih luas dan lebih bermakna. Bukannya cinta di atas tidak membahagiakan tetapi melalui setiap saat dengan merasakan berada di bawah naunganNya itu lebih lagi bahagianya.

Erti luas bukan pada tempat dan fizikal. Tetapi hati dan perasaannya.

Hati - itu lebih dari segalanya.

Ya Allah, tuntunlah kami ke jalan kebenaran. Ameen.


Comments

Popular Posts