wida'

Terima kasih tak terhingga buat kak R yang mengingati daku dan memberikan seribu satu mcm hadiah sempena wida' usrahnya. Saya hanya menumpang makan sempena wida'an mereka. (wida'an itu hanya rekaan-maybe tiada dalam kamus arab)





Seharusnya wida' itu adalah selamat tinggal,Namun perasaan selamat tinggal tidak harus selalunya sedih. Tawaf wida' adalah perkara wajib sebelum meninggalkan kota suci Mekah. Perasaan saya? Tawaf wida' itu menjadikan percutian..ooppss umrah itu adalah serius. Seumpamamengingatkan kembali bila mana niat kamu dtg adalah utk beribadah kepadanya bukan utk membeli belah. sekian lamanya masa terhabis memilih jubah dan segala macam riyalain yang banyak terdapat di kedai-kedai sepanjang jalan ke Masjidil haram. Sebab itu, saya memilih untuk fokus ke masjid terus dan hanya membawa beberapa riyal (in case nak beli aiskrim or juice on the way back coz waktu ini, Haramain sgtlah panas) supaya sentiasa fokus ke masjid bukannya meng'usha' kain dan cenderamatahati. Keseriusan tawaf wida' itu (dimana kita x seharusnya beli-belah, melakukan aktiviti seolahnya tidak akan meninggalkan Mekah) menyebabkan saya ragu-ragu untuk membeli aiskrim setelah tamatnya tawaf.... (owh aiskrim dan miss sheikh tidak dapat dipisahkan). Kami hanya menunggu sehingga bas datang. Seolah memang sudah diagak, bas tidak akan patuh pada jadual kerana pemandu seorang manusia.Jika robot yang membawa bas, pasti tidak akan kurang lebih pun walau sesaat. itulah kesabaran menjaga tawaf wida'





Bagaimana pula dengan wida' usrahku nanti.Barangkali itulah saat paling bahagia ataupun aku pula yang akan menangis. selamat tinggal tidak perlu diucap... owh,tersilap rupa2ya..

usrahku belum yang terakhir lagi...malunyer!!!

Comments

arissa myana said…
hampir-hampir menangis doa minta jumpa kak sebab ruhi sakit di sana.

kot la dpt se'round' dua tazkirah ringkas hehe...

alhamdulillah, Dia bg tau, tarbiah dan ujian itu dari Dia. makanya, minta dan kembali pada Dia lah solusi nya.

riyalain mmg 'berhantu'. oh, setuju, jus dan ais krimnya mmg TOP :)
owh adik!!! berdoa jugak jumpa,tapi Allah takdirkan itu yg pertama dan terakhir.

nnt story mary kat akak ye.apa jadi kat sana sebenarnya?

aiskrim itu nikmat terbesar selepas berpanas di bawah mentari bertawaf 7 pusingan legkap...fuh,nikmat betul...(abis 2 cwn jus dek kepanasan)

muhasabah balik..itu baru dunia dik,akhirat nnt lg panas...
miss harti said…
Bestnya akak dan muna dah menjejakkan kaki ke sana!! waiting for my turn huhu.. alhamdulillah antunna selamat pergi dan selamat pulang.. mari teruskan perjuangan di sini!

ye betul kata akak, wida' itu tidak harus selalunya sedih. Tapi harus selalu ada muhasabah diri. Wida' itu tandanya akhir, yang pasti diawali dengan suatu permulaan. Diantara permulaan dulu dan wida' kini, apa yang telah kita lakukan? Puas hatikah? Itu soalan untuk iman2 kita..

betul kata akak, wida' ini menjadikan kita serius dgn niat kita.

p/s: wida' usrah kali ini memang menyedihkan, krn sy tidak berpuas hati dgn performance sendiri huwaaaaaaaaa...

Popular Posts