terima kasih malam

terima kasih malam
kerana menyelimuti aku hari ini
dari kelelahan dunia
dan kerenah seisinya
terima kasih
mendodoi aku dengan mimpi indah
dalam diam dan sunyimu
aku tenang
senang jiwaku berehat
dan tinggalkan aku di antara dua waktu
hidup dan matiku

dan siang
terima kasih buatmu
mengejutkan aku dari tidur lena
yang sepicing cuma
kerana hari ini bernama 'hari'
bersempena namamu
aku juga senang
dan bertenaga jiwaku bekerja
sebesar hatiku menerima
kejamnya dunia dan seisinya
terima kasih atas hangatnya pelukanmu
meniupkan semangat yang membara
agar aku terus hidup
untuk bersedia menghadapi matiku

sebenarnya
syukurku untuk pencipta
siang dan malam
mentakdirkan keduanya seimbang
sempurna dan indah
walaupun isi dunia ingkar padaNya
namun kasih rahmatNya
luasnya tanpa batas...

Comments

Popular Posts