mereka yang sanggup berkorban utk aku~

satu catatan untuk mereka biarpun mereka tidak pernah akan dpt membacanya.

dalam siri kehidupan kita yang panjang, ada masanya kita melalui kesukaran dan halangan yang hampir-hampir buat kita lemas dan hampir mati memikirkannya. Tetapi dengan limpah kurniaan Allah s.w.t Dia mengurniakan orang-orang yang sangat-sangat ajaib yang bisa membantu walau apa jua keadaan.

nasib atau pilihan hidup saya sangat mudah kerana kehadiran adik-adik dan abang-abang yang sanagt mengambil berat dan sangat-sangat menyayangi diri ini. katakan ke mana saja saya mahu pergi,mereka sanggup menghantar dan mengambil kembali, walaupun terpaksa menunggu berjam-jam menantikan tugasan saya selesai. pernah saya terfikir, tidak jemukah mereka, tidak letihkah mereka,dan mereka pasti mampu berikan apa saja alasan untuk tidak memungkinkan mereka menjadi supir tidak rasmi saya. di kala saya mengharapkan teman-teman seperjuangan turut membantu,betapa saya tidak dapat sebarang khabar gembira dari mereka- asif,itu ini...

berang? tidak,saya cuma enggan menerima sebarang kata maaf,sebab maaf itu sangat-sangat menyakitkan.lebih baik kamu beralasan saja dan katakan tidak boleh. asif dan afwan kamu itu terlalu berat untuk diterima.

ah,kamu ini kecewa bukan? Tidak,Allah tidak mengajarkan saya kecewa dan berputus asa dengan dakwah ini walau apa pun sikap dan suasana dakwah ini.semuanya harus berjalan walaupun dengan pelbagai simpang siur dan hambatannya. ia hanya mengajar saya untuk lebih bersabar dan berusaha untuk menyangka baik dalam semua perkara,termasuk yang ini.

semoga saya masih tsabat walau diuji fizikal dan emosi...insyAllah

buat insan2 ajaib...terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.kalian adalah yang terbaik!!!

Comments

Popular Posts