it's hard,harder than i think

Ini penganggur bertauliah mengeluarkan pendapat.maka,pendapatnya tidak akan didengari,malah hanya akan dipandang sepi.namun,inilah pandangan orang biasa yang mewakili orang-orang biasa di bumi bertuah,Malaysia kita ini.

Saya sudah muak dengan kerenah bank yang seakan-akan enggan mengambil saya bekerja secepat mungkin.untuk bekerja dengannya mampu menghabis beratus-ratus duit poket saya dan juga duit ibu bapa saya.Ulang alik ke kl bukan dengan bus no11 tetapi dengan tiket yang berharga RM22 sehala. pergi-balik bererti hampir RM50.saya bukan mahu mengamuk dan membebel di sini tetapi inilah hakikat orang yang bergelar scholar bank negara malaysia.mungkin ada yang bernasib baik dan sudah diterima bekerja,namun, rata-ratanya masih perlu menghadiri interview yang entah ke-berapa sehingga mereka boleh membuat keputusan di department mana kami sesuai diletakkan. terfikir oleh saya,perlunya saya mencari kerja lain sahaja,namun jika saya terpaksa meminta cuti secara tiba-tiba dan hampir setiap minggu kerana pasti ada sahaja prep session atau interview yang perlu dihadiri.

mungkin kerana tidak sanggup berulang alik dengan bus selama 4 jam.atau kerana apa? hakikatnya saya sudah hilang sabar dan cukup bosan dengan keadaan ini...

Comments

Popular Posts