memahami matlamat saya,anda dan kita

alhamdulillah,dah 5 hari berpuasa.6 malam dpt menunaikan solat terawih.Al-quran?hampir 5 juzuk alhamdulillah.

saya mahu menulis ini sudah lama. sesuatu yang sgt2 penting dan kini saya baru memahaminya setelah 2 tahun berada dlm tar-biyah.

selalunya kita hanya memikirkan bahawa kita mahu melakukan amal kebaikan tanpa memikirkan kesannya pada orang lain.alhamdulillah kita berfikir ut melakukan kebaikan namun dakwah yang ingin kita sampaikan,bukan sekadar berbuat baik. ya,mmg benar kita mahu mengejar mardhatillah,namun untuk mendapatkan keredhaaanNya,perintahNya harus kita ikuti,namun dapatkan kesemuanya kita penuhi? tugas rasul itu sudah terbeban atas kita,jika tidak masakan sahabat2 nabi bersusah payah berpergian meninggalkan kampung halaman untuk meneruskan dakwah ini.sehingga ada yang tidak pulang2 dan meninggal dunia di daerah yang dibukanya.masyaAllah!

bukan dinamakan dakwah jika ia tidak menuntut satu perjuangan.jangan kata islam itu telah mewarnai masyarakat andai keadaan di sana tidak berubah. 'PERUBAHAN' adalah kata utama dalam melakukan dakwah ini.sekiranya hidup kita sama sahaja sebelum dan selepas terima islam,cuba check balik.perubahan mmg susah,kalau senang,ia bukan namanya perubahan.

apa yang ingin saya katakan di sini ialah dakwah kita adalah unik.kita bukan mahu result yang picisan sahaja.kita mahu seluruh dunia ini tahu islam dan tiada alasan utk mengatakan seruan itu tidak didengari.dengan kata lain kita mahu memenuhi dunia ini dengan islam.menghiasinya dengan islam. atau lebih senang dengan maksud utk menakluk dunia ini supaya islam itu tertegak di atas runtuhan jahiliyyah.

mengusai dunia? zaman uthmaniyyah tidak pernah menggelar empayar mereka sebagai sebuah empayar,kerana mereka bukan bersifat penakluk,tetapi pembawa kebahagiaan.
refer di sini
begitu juga kita-bukan mahu menakluk supaya kita boleh mengusai org di bawah,tetapi semata-mata supaya orang menerima kita dan memandang Islam itu sebagai satu kuasa besar yang menjadi ikutan,tanpa perlu dipaksa-paksa disuruh dengan perintah.
Memahami matalamat dakwah kita,kita mengetahui ini bukan kerja setahun dua.malah, ini kerja yang melebihi dari umur kita.namun, dakwah ini perlu bermula, dan ia sudah bermula dan memnacarkan cahaya di segenap isi dunia,cuma kita ini perlu menjadi penyambung dan insyAllah seterusnya disambut oelh generasi seterusnya.

kita mahu semua orang tahu,menerima dan memahami islam seperti zaman para sahabat dan zaman khalifah selepas tabi'tabien. melihat dunia sekarang,kita sendiri tahu betapa ramai yang menjadi mangsa keadaan, terjebak dengan pelbagai kejahilan dan kecelaruan identiti dan perasaaan. dunia yang sedang sakit ini menuntut anda,saya, kita semua untuk melakukan perubahan itu, bersama-sama menjadi penyambung baton para pendakwah terdahulu untuk membina empayar islam.

kita hanya buat kerja sehabis baik-tapi,bagaimana harus kita tahu sejauh mana kita sudah bekerja sehabis baik?

bersambung....

Comments

Popular Posts