menilai masa lalu

hari ini saya tidak berhenti mengomael di dalam kereta menuju ke sekolah emakku.ada perbincangan sedikit dengan guru kaunseling sekolahnya tentang program motivasi hujung minggu ini.kadang kadang saya terasa lelah merneruskan hidup.sehingga emak saya berkata
"kita kena teruskan juga.kita melalui satu proses.kalau kita tak buat, proses itu tidak akan bergerak."

ia statik.aku statik.kamu statik.hah!apa lagi yang saya boleh kata.kita perlu teruskan.apa jua perkara yang kita nak buat, ada kesukarannyaa.ia tidak akan licin seperti yang kita harapkan.ianya pasti akan dicabar,dicuba dan ditetntang. ada ornag suak mengkritik, mencari kesalahan ornag lain, sangat sukar untuk menyokong.dan jumlah ornag sebegini adalah majoritinya. majoriti tidak bererti benar. malah, selalunya orang yang di pihak kebenaran lebih sedikit dari yang sesat dan berpaling. saya sungguh kesal kerana saya gagal menjalankan tanggungjawab saya.saya gagal sebagai ketua.saya gagal sebagai perkerja.maka, apa yang saya boleh lakukan?saya kecewa tiap kali orang berkata; ala siti,x boleh la.aku ada....
argh,macam-macam alasan,aku ada ini,aku ada itu.semua orang ada itu ini.kadang-kadang marah saya ini melebihi rasional saya.saya mula melihat dunia dengan negatifnya.saya mula merasakan orang sentiasa menentang saya,mencabar saya.saya merasakan terlalu sukar untuk meminta bantuan.[meminta bantuan adalah perkara yang saya paling benci untuk buat].tapi saya terpaksa,kalau saya boleh lakukan sendiri,sudah pasti saya akan lakukan sendiri.saya berusaha sungguh-sungguh untuk merealisasikan impian saya.tetapi, mengapa sangat sukar jadinya.saya memberikan segala usaha saya.mengorban duit yang sehingga sendiri merasa sesak,namun, mengapa ada saja yang tidak mahu memberi kerjasama.
itulah fikiran negatifnya. secara positif, saya melihat inilah dunia.inilah realiti.ia tidak pernah akan senang.barulah dunia namanya.jika tidak pasti membosankan.maka, saya teruskan kerja itu.saya teruskan kehidupan saya dengan fikiran yang rasional.dengan hati yang tidak henti-henti mengharapkan keredhaan Allah. saya mesti ingat yang saya bukan mencari redha manusia.biar apa pun yang manusia fikir, saya hanya mahu m,encari redha-Nya.dengan itu barulah fikiran saya tenang.hanya kepada dia tempatsaya berlindung dan memohon pertolongan.sekalipun manuisa berkumpul utk memberi mudarat mahupun kebaikan pada diri saya, saya tahu hanya Allah yang dapat merealisasikannya[dalam hadis 40,no 18] maka,kecewa sekalipun emosi saya,rasional saya berkata-inilah jalanku,proses ini tidak akan berhenti sampai ketikanya Allah mengabulkannya.
saya kembali menilai masa-masa lalu.say teringat jasa seorang kawan di saat-saat saya amat memerlukannya. saya patah tangan ketika itu.masih berada di sekolah ie di asrama.nak pakai baju pun susah since itu tangan kanan.seksanya untuk mengurus diri di asrama. terharunya saya apabila kawan saya ini membawa makanan ke bilik sakit utk saya.malah, dengan baik menyuapi saya.saya sungguh tidak percaya,antara banyak-banyak kawan di sekolah, dialah yang sudi luangkan masa untuk saya.saya benar-benar terkesima dengan tingkahnya.kami biasa2 saja disekolah. memang baik atas nama satu batch.tapi itulah kawan. menolong tidak kira masa. apa2pun terima kasih MILO! sekalipun kita belainan arah tujuan, saya harap dia sentiasa baik2 saja.

p/s:moga tidak terhenti di tengah jalan.teruskan berusaha...gannbayyo!!

Comments

Popular Posts