tarbiah dari seorang adik
adik saya bukan ikhwah.jauh lagi blh digelar muslim sejati.mahupun seorang yang hanif.namun, Allah menghadirkan dia untuk check and balance perangai kakak dia yang kadang2 perasan bagus di medan dnt.ketika mana saya cuba memebawa isu yang blh buat dia berfikir,dia ada sahaja mengajarkan atau menyedarkan tentang sesuatu yang asas. percakapnya selamba. lebih mudah difahami oleh orang yang selevel dengan pengalaman hidupnya.hari ini dia bercerita ttg dirinya dan orang sekeliling yang menjaga dirinya. saya terus terang fail menjaga org sakit mahupun menyatakan rasa simpati saya pada orang sakit.dan dia tidaklah terkecuali.sedang dia membanding beza,jati saya turut tersiat. saya melalui tarbiah ini tanpa menyuburkan 'appresiasi'. dia kata,di hujung perbincangan kami,"Kini aku belaajr untuk menghargai.setiap orang..." dan saya juga belajar dari dia-kerana tarbiah itu blh dtg dr org yg paling tidak kita sangka.
Comments