2012: Antara Pelari dan Pelarian

2012 ini terlalu banyak mengukir sejarah. Saya mengambil keputusan untuk menulis sekejap tentang diri dan tahun 2012.

Malam ini...saya sukar untuk tidur.

Saya memulai tahun dengan satu azam. Membahagiakan diri dengan melakukan sesuatu yang bukan rutin. Maka, tiket ke India telah saya tempah bersama teman. Siapa tahu, bermulanya bulan Feb, jadual bukan rutin lagi. Malah yang rutin menjadi asing, dan yang asing menjadi rutin.

Tahun 2012 menyaksikan diri ini terbang. Jauh. Mengambil udara dari segenap pelusuk dunia. India. US. Korea. New Zealand. Dan tidak dilupakan... Indonesia 2 kali - Kepulauan Jawa dan Sumatera. Huh, around the world in 80 days.

Cuti saya yang berjumlah 24 hari habis 2 bulan sebelum tahun berakhir. Tercokohlah saya di ofis selama dua bulan itu sehingga cuti belajar selama 5+2 hari peperiksaan.

Sehingga saya bernekad. No more travelling after this. Saya ternyata penat dan sedikit muak. (Tapi siapa tahu, bulan Januari sahaja, satu penerbangan akan dilakukan. Ke Langkawi. Dept escapade)

Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya. Saya tidak ada masa melayan jetlagged. Pulang sahaja, esoknya bekerja. Ada sahaja mencecahkan kaki di airport, sejam selepas itu sudah berada di ofis.

US. Negara kegemaran saya. Walau kenangan pahit di situ. Antara pelari atau pelarian. Saya nekad menjadi pelarian selepas kecewa kerana anakanda-anda enggan menemui saya. Ok, terlalu kasar di situ. Anakanda-anak itu tidak langung eager untuk ketemu saya yang sudah siap tiba di US. Mereka sunyi. Diam seolah tiada langsung hubungan sebelum ini. Maka, satu keputusan berat saya ambil. Let them go, if you can't love them enough. Then, saya menjadi pelarian dari selok belok deentee US. Sebenarnya, saya telah coretkan dalam 100 cita- cita untuk ke US  dan bertemu mereka. Itu sahaja hajat saya. Dapat memeluk, mengenal muka dan match with their voices. Mungkin memberi sedikit kucupan di pipi. Saya mimpikan itu. Indah. Namun, perancangan Allah lebih baik, memberi tarbiah perasaan untuk saya. Jika Ku berikan apa yang kamu doa, adakah kamu akan hamba yang bersyukur- seolahnya Allah bertanya kepadaku. Impian untuk berlari terhenti di situ.

Setelah itu, deretan tanggungjawab beratur panjang. Tiket kemNew Zealand telah tertempah. Niat di hati ingin membantu. Tanpa saya ketahui apakah yang mendatang. Tanpa persediaan. Kehadiran saya di sana, mungkin tidak seteruk di US, namun sekali lagi saya diuji. Ketika plan ke New Zealand telah termeterai, saya mendapat satu tugasan lain yang mengehendaki saya terbang ke Korea. Jarak masa antara US-Korea-New Zealand ini benar-benar membuatkan jiwa saya letih. Selain dari kepenatan fizikal.sewaktu di NZ, saya sedar betapa lemahnya saya mengenali audiens, sedikitnya ilmu saya untuk berkongsi, kurangnya stamina untuk beraksi dan kecilnya jiwa menghadapi adik-adik dan teman baru ini. Saya menangis teruk di sana. Buntu memilih pengisian untuk diberikan. Prsediaan saay lain, namun, Allah mengurniakan set audiens dan masalah yang lain pula. Dalam keadaan itu jugalah saya mengenali termometer kesabaran saya sudah sampai ke puncaknya. Saya breakdown. Ingin pulang segera ke Malaysia dan peluk mak erat-erat. Menangis dan mengadu pada abah seperti selalunya. Tapi, kerja dakwah ini bukanlah satu aduan yang bisa saya adukan pada mereka. Hinggalah saat itu, Allah hadir dalam diri ini memberi kekuatan. Pengisian harus disempurnakan walaupun isinya, penyampaiannya jauh dari sempurna. Saya pulang dengan air mata, dan satu janji.. Enggan lagi menjejaki kaki ke sana. Walaupun Queensland itu melambai-lambai untuk saya lawati...tidak tahu saya berlari atau pelarian di bumi kiwi itu.

Korea selatan. Saya tidak pernah mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke situ. Yang saya kenal, video terbaik dari seorang ukhti yang memenangi pertandingan APG tahun 2011. Hanya itu, yang lain-lain adalah sangat asing bagi diri saya. Tanggungjawab yang menghendaki saya ke sana seolah datang tanpa diduga. Saya akur pada pilihan naqibah saya. Saya percaya diri dan lakukan. Sekali lagi, walapun diri ini amat2 cuak menerima tanggungjawab ini. Dengan skills yang tidak berapa nak bagus dalam bermesra dengan orang baru, ditambah pula kekecewaan di US, pemergian saya kali ini bukan tugas mudah. Saya terpaksa membuat helah dengan encik bos kecil bahawasanya, rakan saya telah menempah tiket tanpa mengesahkan tarikh berangkat dari saya. Maka, saya harus pergi supaya tiket tidak terbazir. Saya pergi beberapa hari, memilih untuk pulang awal sebagai menunaikan janji saya pada encik bos. Dalam pertemuan singkat dan lawatan tidak rasmi itu, saya rasa saya sudah memulakan langkah-langkah awal untuk memecut bila tiba di Malaysia. Tanggungjawab kian berat, namun, ada sedikit terikatan hati hasil lawatan singkat itu. Ternyata, pengorbanan itu berbaloi.

Dalam masa itu juga, kedai buku kami sudah mula beroperasi dan kami bercadang untuk ke Indonesia mencari buku-buku selain menyumbang dalam perkongsian pengalaman dnt. Kami pergi ketika bulan puasa. Saya turun beberapa kilo dek terpaksa berjalan kaki mencari ATM machine. Lebih mudah berjalan kaki kerana jalan raya macet(jammed) bangat. Alhamdulillah, di sana, soal pembaziran tidak ada kerana kami berbuka seadanya. Malah, tidak ada pembelian luar biasa di bazar Ramadhan. Di Jakarta, selain tidak biasa makan makanan jalanan, sememangnya tidak ada bazar-bazar seumpama di Malaysia. Kami sempat ke Bandung dan merasai kedinginan kawasan berbukit di sana. Tidak perlukan aircond. Ia memang sejuk yang sedang-sedang aja! Disini saya memnag pelari pecut negara, kerana jika lambat, masa kami akan terbazir jua.

Dan yang terakhir, sukar saya gambarkan perasaannya. Saya mungkin sedikit marah pada mak saya kerana tidak memceritakan kepada saya keadaan sebenar kampung saudara kami di sana. Abah pernah bercerita, tentang mandi air perigi etc. tapi, tidaklah saya bayangkan, air perigi itu bukan seperti di Malaysia, airnya berbau dan berasa tanah kerana dikeluarkan dari perigi tanah liat. Allahuakbar. Banyak yang saya perlajari.... Dan saya bertuah mengenali mereka... Dan saya rindukan anak-anak saudara saya... Santi,pendi,liza,ehsan,padri ilahi,aldi,tia dan atikah. Mereka benar-benar meghiburkan walaupun komunikasi terbatas kerana perbezaan bahasa. Sesungguhnya sekolah kehidupan saya berlabuh lama di sana. Kenangan masih kekal sehingga ke hari ini.

Mka, penutup 2012 itu... Bermacam aragam. Kini saya lebih tenang dan berusaha untuk berfkir sejenak sebelum megambil sebarang keputusan. Jika saya marah, mahupun tidak puas hati, saya boleh iringi dengan senyuman sebelum melepaskan kata-kata. InsyaAllah itu lebih baik buat diir saya dan mereka yang di sekeliling saya.

Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts