I love You, before i


Satu, dua, tiga ...pecut!

Zoom!!!

Kapcai EX5 meluncur laju...tiba-tiba boom! Kapcai itu tercampak dan penunggangnya melambung tinggi, jatuh ditarik graviti.

Siapa sangka tayar motosikal itu pecah ditebuk paku di tengah jalan. Siapa tahu jalan itu ada paku, dan siapa menduga jalan itulah dilalui kapcai tua itu.



Penunggangnya hanya tahu kelajuan kapcai itu dan tahu matlamatnya untuk sampai ke destinasi. Namun, bukanlah di dalam percaturannya untuk mengalami kesudahan yang parah ini. Jika dia mampu, dia masih boleh berdiri dan mencari perlindungan, jika dia lemah, maka terdampar dia di tengah jalan. Mengharap simpati orang yang lalu lalang. Hakikatnya, walaupun pengguna jalan raya itu punya jalan yang sama, patuh pada peraturan yang sama,  dan di'govern' dengan perlembagaan yang sama, sikap mereka adalah 'rambut sama hitam, hati lain-lain'.

Harapannya ada yang sudi berhenti dan membantu, paling-paling pun mengangkat penunggang itu ke tepi, lagi baik terus menghubungi ambulans dan mengawal lalu lintas. Kemalangan mengundang dominos efek di mana kesesakan yang bukan sedikit. Akhirnya, dek motor sebuah, habis beribu kenderaan lain terpalit sama.

Letakkan penunggang itu adalah diriku... Ya, diri aku...

Ramadhan semakin hampir dan seharusnya pecutan itu semakin laju. Ingin berubah menjadi lebih baik dalam segala bidang. Baik dari dunia DnT sehingga ke dunia kerjaya. Niat di hati ingin bermula dengan baik. Sudah pasang niat, dan ingin terus segar dengan niat tersebut. Kunci dipetik, dan motor sudah mula bergerak.

Inersia tidaklah besar untuk menggerakkan diri. Banyak sudah amalan yang sudah dimulakan, cuma tinggal ditambah dan dikonsistentasikan. Hey, ini bukan kerja mudah! Sekali niat untuk berubah lebih baik itu berada dalam hati, langkah-langkah seterusnya bukanlah mudah.

Seakan Allah sedang menduga, memberi paku di tengah jalan, sehingga aku terjatuh dan tersadung. Luka dan lemah di tengah jalan. Tiada apa yang mengembirakan, dunia kerjaya menduga dengan ketidakserasian dengan cik puan dan tuan kecil baru, suasana kejam dengan ketidaksesuaian kerja dan task sehari-hari, failed to deliver, failed to process without error, failed itu ini. Hopeless...

No hope, no desire, no obsession, nothing at all...

Should I shut myself down and resign?

Owh no! That is not even a choice...

Bila Allah menduga kita, meletakkan kita ke tempat terjauh dalam ranking kekalahan, lubang terdalam kesempitan dan juga bayang tergelap dalam suasana terang. Malah, pada saat itu, kita cuba menceritakan kehidupan susah ini dengan rakan-rakan. Ketika itu kita sedar, tiada bahu yang mahu dipinjamkan, tiada... Kerana ketika itu, baru kita sedar, tiada siapa yang mahu hujan mendung menghiasi pelangi, apatah lagi mengalu-alukan awan hitam menyibuk dalam cerahnya mentari pagi.

Orang tidak suka sesuatu yang negatif. Agak sukar untuk menerima di saat pengguna jalan raya semuanya mengikut peraturan yang sama, di jalan yang sama... Tiba-tiba bersikap pentingkan diri dan terlalu melihat 'What is it for me?' Satu saat, terkeluar keluhan berat dan pasrah, semuanya di dalam kereta pretend not to hear. Owh no, dengan siapa saya bercakap ini? Semuanya senyap... Sesaat kemudian bercakap soal lain. Saya tersenyum sumbing... Hey, I'm not alone.. He surely hear me well...

Saya pastinya boleh salahkan hati-hati itu yang kering. Saya boleh salahkan paku yang ada di tengah jalan, malah segalanya yang disekeliling. Even mata sendiri yang tidak nampak sehingga berlakunya kemalangan. Bukankah saya sudah memulakan bacaan dengan Bismillah dan doa, bukankah saya ingin menuju destinasi yang benar, bukankah saya melalui jalan yang benar, dengan kelajuan dengan benar tetapi kemalangan masih berlaku???

Hey, hey, hey...wake up girl... Kita tidak akan tahu betapa Allah ini amat menyayangi kita. Kita tidak tahu betapa hikmah yang Dia sediakan untuk kita. dan Dia sudah susun dengan cantik perjalanan hidup kita ini. Layakkah kita mencintai diri kita yang tidak tahu apa ini sebelum Dia?

Cuba lihat kisah Nabi Yusuf yang kacak itu, hey... Baginda kacak bukan? Tetapi tidaklah aturan hidupnya sentiasa di atas. Dia bermula dengan menjadi anak yang disayangi, bermimpi unik, namun dianiaya saudara sendiri, dibuang disumur, dijual sebagai hamba dan diangkat sebagai anak di dalam istana.

Woah... Dalam istana tu... Bukankah 180 darjah dari keadaan baginda sebelum itu? Kisahnya bukan berhenti di situ. Kehidupan di istana, dek kekacakannya, digoda isteri pembesar dan disumbat pula ke penjara.

Penjara???

Siapa sangka dari istana ke penjara? Jika di Malaysia, memang gelap masa depan. Status sebagai ahli penjara itu terpalit seumur hidup, sukar mencari pekerjaan, cemoohan masyarakat dan persepsi manusia biasa yang sudah tercop di dahi sebagai penjenayah. Sukar benar keadaan itu... Seteruk itu, kita pastinya menyangka bahawasanya baginda sudah gelap masa depannya.

Namun, dalam penjara, dakwahnya berjalan. Hingga kebolehan tersebar ke istana, dan bagaikan MAGIC baginda diangkat menjadi bendahara negara. Setaraf Perdana Menteri/Menteri Kewangan zaman sekarang. Besar kot jawatan itu.

Maka, selayaknya kita marah dengan ketentuanNya? Cerita Nabi Yusuf bukan dongengan dahulu kala yang menjadi peneman sebelum lena. Kisah ini sebagai pengajaran untuk kita sabar dengan timeline yang Allah susun. Kita sabar dan bersangka baik dengan dots yang Allah dah bagi itu. Soon, kita boleh menoleh ke belakang dan connects the dots.

Sehingga kita boleh kata, 'Ya, betullah... Nasib baik masa tu...' Sebenarnya, tiada istilah nasib baik, kerana nasib yang Allah tentukan semuanya baik. Tugas kita adaalh untuk terus bersangka baik dengan Allah dan buat apa yang  Allah suruh dengan sebaiknya. Apatah lagi dengan kefahaman SH kita ini, pastinya banyak lagi yang kita kena buat kan?

Yup! Saya akan terus berusaha hingga mati. Benar-benar gila sekarang dengan pelbagai komitmen. Komitmen yang saya setuju sendiri untuk commit kepadanya....


Ganbatte ne!!!!


Comments

Popular Posts