Usrah x best...so what?

Sewaktu zaman sekolah menengah yang pahit-pahit manis, saya pernah ditawarkan untuk menjadi prefect candy yang pastinya mudah digula-gulakan pihak sekolah dan guru-guru untuk disuruh sana sini. Bukan saya malas, bukan saya tidak suka popular, tetapi saya enggan tunduk pada peraturan yang saya sendiri suka langgar.

Saya sering makan dalam kelas, suka buat bising, lambat dalam erti kata sendiri ke prep etc, selalu pijak rumput ketika berpakaian lengkap sekolah, suka buka tudung time prep dan sebagainya. Saya pelanggar tegar peraturan sekolah yang saya rasakan amat tidak relevan mahupun memberi manfaat kepada seluruh alam. Walaupun saya punya rekod bersih dan jarang sekali kantoi, saya tidak suka duduk dalam kepura-puraan. Bagi saya, untuk apa kita beriya-iya menyuruh orang lain memakai stoking dan serkup kepala jika kita sendiri rimas dan terpaksa?

Saya memang bencikan keterpaksaan kerana bagi saya itu adalah penghambaan kategori ringan dalam kehidupan manusia. Mana mungkin sesuatu perkara yang kita benci untuk buat, kita menyuruh orang lain mematuhinya? Mana bisa untuk kita menjerit-jerit melaungkan sesuatu yang kita sendiri kurang yakin dengannya?

Maka episod enggan menjadi prefect itu berakhir dengan tragis juga - tidak sesiapa yang digula-gulanya, hanya dua hati yang terluka. Cik Guru Disiplin dengan selamba mengatakan, "I hate you!" dan saya dengan muka 'maintain' tersenyum kelat dan mengucapkan terima kasih. Dalam hati sudah menangis dan bermulalah perang dingin kami sehingga tawaran Bank datang untuk meng'interview' pelajar konon cemerlang di sekolah kami. Walaupun kebencian beliau terukir pada kata-kata akhirnya di hadapan saya, hatinya lembut juga untuk tidak menjahanamkan masa depan saya. Sekalipun sekiranya dia tahu saya agak sengsara sekarang, dia pasti tersenyum sebelah tanda puas hati.


Bukan kisah sedih saya ingin ulang kembali babak-babaknya dalam kehidupan saya, cuma ia seperti relevan dengan situasi saya sekarang.


Ingin saya jerit kuat-kuat mengatakan betapa bestnya usrah itu. Ingin saya laungkan pada semua betapa syoknya berada dalam usrah -bagai di awang-awangan biru. Semua perkata itu hanyalah keinginan yang saya simpan kemas kerana realitinya amatlah bertentangan. Saya tidak salahkan murabbi saya kerana para murabbi agung juga mengatakan, "Jika awak komplen pasal tak mendapat hak dalam surah awak, apatah lagi kami.. usrah kami ..." Sudah faham benar saya pada penceritaan tersebut.


Ingin saya pencen sahaja dari arena ini kerana kerap kali perasaaan bersalah menghimpit diri tatkala mengatakan sesuatu yang tidak berlaku pun pada diri sendiri. Setiap kali penyampaian rasa begitu teruk sekali kerana hakikat yang tertulis dalam kertas dan buku terlalu indah. Terlalu I.N.D.A.H. Maafkan saya untuk kata-kata hakikat ini. Saya tidak berkobaran untuk hadir usrah, tetapi kekadang terasa satu keterpaksaan yang saya pilih untuk terpaksa. Saya tidak mahu  salahkan para usrahmates kerana saya sangat faham dengan keadaan houseman mereka yang mencengkam rasa dan mengerah tenaga yang bukan sedikit. Apatah lagi dengan kehadiran anak-anak comel yang menjadi ujian bukan sedikit untuk mereka. Sesungguhnya saya sangat faham jika mereka tidak datang ke usrah. Saya F.A.H.A.M. kesulitan itu, tetapi jika ini menjadi alasan, maka untuk apa usrah saban minggu itu. Jika kehadiran hanya kami dan kami berjumlah tiga atau empat ini?


Semua menyalahkan keadaan dan meminta saya memahaminya dan jangan demand yang bukan-bukan. Sangatlah saya fahami mereka tidak sempat untuk melayan famili dalam masa yang sama, berusaha melahirkan pelapis yang menjadi pendokong perjuangan ini. Sangat saya fahami jika mereka lewat tiba kerana kerja, saya juga faham sekiranya mereka tidak hadir kerana kesihatan yang tidak berapa nak memberi kerjasama.


Tapi persoalannya sampai bila? Seolahnya yang kita alami dalam usrah kita sendiri adalah plastik. Tipu belaka. Maka, adakah anda berharap untuk saya terus kekal?


K.E.K.A.L


Relevankah untuk kita berusrah kerana kita akan berakhir dengan tarbiah dzatiah yang super duper tinggi untuk stay terus di jalan ini. Kita kena sabar dengan kelangsungan usrah yang seperti nyawa-nyawa ikan, malahan kering tanpa ruh. Masihkan kita perlu berusaha menegakkan benang yang basah ini kerana hakikat kejam ini membuktikan kita boleh terus buat kerja dakwah tanpa pembinaan dalam usrah itu. Maka, saya tanyakan kembali pada diri, untuk apa  saya terus terseksa dalam menanti rerakan yang tidak kunjung tiba, naqibah yang super duper busy, anak-anak usrah yang punya kerja dan aktiviti sendiri. Untuk apa saya harus bertahan? Sistem ini sudahpun runtuh sebelum ianya dapat terbina megah, ianya bagaikan satu bancuhan simen yang ditinggalkan. Keras, tidak membentuk apapun dan rupanya amat hodoh sekali. Berkali saya katakan, kembalikan ruh dalam perjalanan DnT kita ini, mari usahakan kembali kesyokkan kita ditarbiah- berubah dan mengubah orang lain. Hakikatnya, pekikan saya itu ibarat angin lalu sahaja. Saya mengambil keputusan untuk senyap dan mengikut arus. Usrah saya tetap ikut, daurah tetap saya sertai, mukhayyam jika ada-saya pergi, muktamar- saya hadiri. Jika diminta menyampai, saya sampaikan apa yang sepatutnya sebaik mungkin.

Malangnya diri ini tidak diajar 'to-go-with-da-flow'. Diri meminta explanation konkrit. Diri tidak mahu tertipu lagi dan tidak mahu menipu. Sesuatu harus dilakukan jika tidak saya bakal jadi daun kering yang ditiup angin.Kehilangan tidak akan disedari, tenggelamnya saya tidak akan diselamatkan lagi.

Akhirnya saya menemui satu jawaban. Jawapan yang mudah sehingga anda sekalian di luar sana boleh menjerit, "Ek ele, itupun tak boleh pikir ka?" Biarkan anda menjerit, saya abaikan, kerana satu pencarian itu adalah satu buah pengalaman yang tidak dapat ditukar ganti.

Sekalipun usrah itu toye,lemau, kosong, tiada ruh, kering dan menyakitkan, telah diajari oleh nabi kita Rasulullah tentang jalan ini. Sekalipun usaha itu bukanlah exactly the same, tetapi methodnya sama - melahirkan inidividu yang diri mereka penuh dengan Al-Quran. Sekalipun program-program semakin skema dan melampau-lampau portokolnya, keberkatannya masih ada. Allah tidak akan mensia-siakan kita. Yup, saya yakin tentang itu. Namun, yang lebih saya appreciate, bila mana dalam ibrah perang dan penceritaan perkara ghaib, Allah itu mampu beri sesuatu yang jauh dari langkauan pemikiran kita.Di saat ketiadaan pelapis yang mantopp, ketiadaan kekuatan apa pun, dalam pembinaan IM yang lemah, ada banyak pengajaran yang Allah bagi - menyetelkan urusan-urusan akhlak yang kelihatan kecil namun besar nilainya. Akhlak bukan boleh pupuk sehari dua, ianya sepanjang hidup. Sekalipun usrah anda itu seperti makan kacang Ngan Yin lemau, kesungguhan anda, ketahanan anda, keterbukaan dalam dalam situasi sulit itu mengajar lebih dari apa isi usrah tersebut. Kita sedang melalui tarbiah dgn cara sedikit berbeza dari buku, tetapi insyaAllah bila kemenangan itu semakin hampir, kita pasti yakini dengan cara inilah cara yang terbaik.

Sukarnya menghadapi waktu-waktu sukar ini mengajar kita berdiplomasi. Tinggalkan perkara remeh dan kembali pada asolah. Waktu sukar ini membuatkan saya lebih bersabar dan menyimpan harapan yang bukan sedikit untuk umat ini. Sesungguhnya, cinta itu meredakan lara, menyejukkan hati, mengobarkan semangat yang layu serta melengkapkan segala kekurangan.

Cumanya.... saya ini masih mencari cinta itu.... Moga ditemukan Allah dan dikurniakan kuasa itu selama hidup ini......

Comments

arissa myana said…
jangan marah. walaupun kepada diri sendiri. hehe, read ur update.

awalannya rasa mcm sgt wooowww.. ni, bagaimana ni?

bila sampai akhirnya, sy jg sedar...kita semua menyimpan harapan menggunung dan menunggu cinta itu. moga Allah shj yg menenangkan juga mencukupi segala kekurngan kita.

jzkk kak... :)
Waiyyaki dik...jgn takut plak dgn realiti ... Tunggu sambungan... :)

Love u dik!
arissa myana said…
suspen betul...

hehe ok inshaAllah :D

love u more sis <3

Popular Posts