Usrah x best...so what? (Siri 2)

Jalan ini jalan yang sukar tetapi pengakhirannya pasti...

Adik saya kata, jika menulis pada mood yang sudah berlalu, tulisannya jadi tidak sama. Momentumnya berbeza dan akhirnya post itu akan berada 'dalam pembinaan' sahaja. Saya enggan tunduk pada teori yang sungguh benar ini kerana saya telah pun terlanjur berjanji untuk menulis siri 2 dalam post 'Usrah x best....so what?'

Tetapi saya menulis untuk peringatan diri saya atas apa yang dilalui, maka post ini harus dilengkapkan walaupun pincang di sana sini. Saya amat berterima kasih kepada post-post terdahulu yang membuatkan saya senyum dua kali bila membacanya - pertama kerana lucunya pada keanak-anakkan saya dahulu dan keduanya adalah kerana saya masih boleh hidup dengan kenangan manis itu sekalipun dalam kotak fikiran ianya saya sudah luput dek dimakan usia dan MSG.

Bila ditanya adakah saya kecewa dengan usrah saya, sejujurnya saya katakan saya tidaklah kecewa cuma saya rasa terkilan kerana usrah seharusnya lebih best dari apa yang saya rasai sekarang. Masih terngiang-ngiang waktu usrah mula-mula hadir dalam hidup saya. Ketika di UK, entah mengapa ianya lebih segar dan berwarna warni. Perasaan saya seperti pelangi waktu itu. Walaupun pernah saya minta stop usrah kerana terasa segalanya berlaku dengan cepat tanpa saya sempat untuk reconcile, tetapi murabbi tercinta dengan penuh sabar hadir menjenguk dan ziarah seolah tiada apa yang berlaku. Kasih mesra kemanusiaan yang saya dambakan. Ternyata dia murabbi yang penuh dengan love sekalipun sekarang dirinya dikekang dengan kesibukan kerja dan anak-anak.

Sebenarnyam, murabbi saya sekarang sangat hebat - supermak! Malah, dia sanggup melakukan banyak sangat pengorbanan demi kami. Jelas dia sangat mengambil berat tentang kami sehingga saya yang berasa malu dengannya. Maka, apa kurangnya dengan usrah sekarang ini? Kurangnya pada rasa saya sendiri. Dengan tanggungjawab yang berat dan tidak dapat saya laksanakan dengan baik, saya jadi semakin down. Rasa mahu masuk duvet dan tidur dengan harapan kekecewaan itu berlalu pergi. Saya impikan macam-macam tetapi satu pun saya gagal buat.

Perasaan itu semakin beraja hingga saya tewas untuk terus positif berusaha. Habis semua orang menjadi mangsa bila mana emosi kurang stabil ini menjadi puting beliung. Shut it down! Lenyapkan segala usaha dan pergi jauh dari medan perang yang kita kalah di dalamnya.

Di ofis, saya mula rebel dengan Cik Puan Bos Besar hingga terjadinya tikam menikam lidah dengan pitching yang agak tinggi. Tidak pernah saya bersikap sebelum itu. Saya lebih suka berdiam diri dan menelan apa sahaja sehingga saya tidak berasa apa-apa lagi setelah itu. Kali ini, tugas bersabar menjadi cabaran terbesar, bila mana tidak dapat dikawal, burst dan habis tempiasnya bertebaran kepada rakan-rakan seofis. Di bawah meja, rakan saya sudah menendang sebagai isyarat supaya berdiam diri sahaja tetapi masakan saya boleh senyap bila mana cik puan menghina dan memandang kami semua sebagai orang bodoh?

Sehinggalah malam semalam, perasaan itu menebal dalam hati. Kegeraman yang memuncak hingga hampir sahaja saya menghamburkan perkataan kurang enak hasil pelajaran tv dahulu. Tetapi Allah ini terlalu amat sweet. Maha Mendengar dan Maha Mengampuni.

Semalam dalam pertemuan kami, seperti biasa, tanpa kehadiran naqibah, kami terpaksa berusrah sendiri-sendiri. Kami bertadabbur surah al-An'am ayat 142-150. Selepas sesi berbasa basi meluahkan rasa dan kepenatan bekerja, kami bertilawah dan tadabbur. Sungguh bijak sekali MC memilih ayat-ayat yang terkena batang hidung hingga berdarah. Bait-bait ulasan tidak rasmi dari Kaka A dan cik Y, ternyata begitu berkesan di hati. Hati saya yang menggerutu marah dan geram semakin kendur. Dapat saya rasakan ketenangan itu menyusup masuk diam-diam dan menenangkan jiwa yang berombak marah. Saya hampir menangis ketika turut sama memberi ulasan. Tidak dapat saya gambarkan keadaan itu seolah malaikat ada di sisi kami dan mengusap lembut dan mendamaikan hati kami. Bukan mudah untuk reda setelah marah bukan main lagi petang itu. Saya lewat pulang kerana pada jam 6.15petang baru bermula meeting(baca:bebelan tanpa henti) kerana incident yang berlaku Jumaat lepas. Saya orang yang pertama, rakan saya yang kedua, dan kerja kami diperiksa lagi oleh dua orang, and yet it still wrong! No financial loss but, saya dapat rasakan betapa banyak pahala saya hangus dalam meeting tersebut. Saya tahu saya harus diam sahaja dan telan apa saja, tetapi jiwa saya, jiwa merdeka-tidak mahu diperkotak-katik dan dihina sedemikian rupa. Itu maruah saya sebagai manusia. Maka, walaupun dia seorang ketua, seharusnya, layanan kepada kami mengambil kira manusiawi kami ini.

Itulah saya mahu katakan, usrah itu mampu mengubah hati 180 darjah in few minutes. Saya kembali mengumpul kekuatan dan bermula dari mana saya telah tinggalkan diri saya dahulu. Saya kumpul kembali kaca-kaca harapan yang pecah berderai, kini dalam usaha mencantumkan kembali. Saya sedar saya punyai full support dari rakan seusrah. Mereka adik beradik saya, maka dalam doa-doa mereka ada diri saya dan dalam doa saya ada diri mereka. Kita mungkin terlalu material sehingga lupa tentang keberkatan dan lupa pada intangible deeds. Sesungguhnya kasih sayang itu tidak dapat dipegang mahupun dilihat, ianya dirasai oleh hati. Maka bila hati itu baik, maka ia akan dapat mencerap dan mewarnai segala yang tidak nampak ini dengan satu warna yang bersih, segar dan menyemarakkan. Itulah warna Islam, itulah cahaya iman. Jika ada iman, pastinya soal kasih dan sayang bukan lagi menjadi persoalan. Dan seperti saya pernah katakan, sayang itu melengkapi semua.

Seindah, sesegar sakura di musim bunga!
Dalam usrah itu ada jiwa, ada ruhnya. Ia tidak terletak pada kehadiran murabbi, kehadiran mutarabbi, kesungguhan murabbi mahupun mutarabbi tetapi terletak pada iman - iman kita semua. Bila mana kita datang dengan hati yang penuh ikhlas, dengan satu harapan dan tujuan yakni keredhaanNya, maka, ketika itulah Allah menurunkan rahmatNya. Dan apabila semua perkara itu berlaku, anda akan tersenyum lebar dan mengatakan, "BESTNYA USRAH NI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

wallahu'alam.


Comments

arissa myana said…
begitu rahsianya...
1 kata kunci:

iman.

mmg sgt banyak perkara yg berlaku dan selalu x dpt nk catch up, apa tarbiah Dia di situ. malu utk perasan yg Allah dah mudahkn smua urusan kita sbb sgt2 x layak utk nikmat begitu besar dari Dia. dan sesungguhnya, mmg Dia lah yg maha pengasih, maha penyayang.

moga Allah jaga hati2 kita, jg niat dn iman kita agar ttap utk redha Dia.

jzkk kak, utk the promised post. nyata, teori 'post yg diperam' perlu penambah baikkan. bukan hilang mood, tapi menambah lebih 'thoughts' dan meaningful feelings di dalamnya ;)

Allah huAlam.
going to t'ganu on the 1st week of ramadhan. backpacking la kononnya.
Adik!!

Iman itu seharusnya beraja di hati kita. Bukan cinta mamat hensem yg entah mana2...huhuhu

Jauhnya merantau!!! Ganu tue.... Sebelah je dgn kampung kaka mu ini... Jengukkan my mum kat kampung boleh?


Love u dik!
arissa myana said…
tu la kn kak.. iman, iman, iman.... huuu

smoga Allah kuatkn dgn rahmatNya..

meh alamat, mana tau leh masuk dlm agenda ke he2 iA..
plan pgi ng k.anis. ini misi contengan jalanan Fend dgn Chad versi kita iA :D

Popular Posts