kerana kamu, jalan gelap bisa aku lalui

Saat-saat akhir di tahun hijrah 1431, terkenang-kenang saya pada zaman di awal kita dulu.masih berhingus dan dimanja. sehinggakan kenangan-kenangan itu kerap kali menjengah mengingatkan tatkala kita hampir tersungkur ke jalan jahilliyah kembali. malah makin suka menjenguk kita pabila diri dipulas-pulas, diperah-perah segala tenaga di jalan dakwah ini.
dahulu, di bumi sejuk lagi dingin mencengkam, internet tiada pernah putus. laptop di biarkan hidup selamanya demi menanti 'Buzz' dan 'Hello' dari kontinen bumi yang jauh. tidak jauh sebenarnya,hanya merentasi beberapa buah lautan. dahulu kita sering bermimpi dan diminta bermimpi-tentang kegemilangan, kejayaan dan kesejahteraan hidup yang tiada terhingga- iaitu apabila kita sudah mendapat UA. Apabila sekalian manusia sudah tunduk pada keagunganNya dan kembali mengikut sunnahNya. antara mimpi-mimpi kita berkeliaran suasana hangat kasih sayang kita, rindu kita dan ukhuwwah kita.mana mungkin itu bisa muncul kembali, mana mungkin jam masa diundur kembali, mana mungkin aku,kamu dan dia akan masih seperti dulu lagi.
bukannya dulu kita di alam kayangan. bukan juga kita di alam khayalan,tetapi fasa itu fasa kita dibumbung, dijaga dari duri dan ulat, disiram air secukupnya dan tanah kita digembur selembut- YA! kita dimanja dengan sepenuh kasih sayang, ditatang bagai minyak yang penuh.
dahulu kita sedikit. perhatian terhadap seorang kita diberi dari setiap penjuru- hati kita,perasaan kita, akal kita-kebijaksaan kita, semuanya ada murabbinya. jika tidak, masakan ada terma murabbi ruhiyy... owh alangkah kenangan itu mengusik jiwa. salam sentiasa terngiang-ngiang dalam diri kita. Text yang diterima saban hari. panggilan telefon yang sampai berjam-jam kita telusuri di hari-hari jatuh dan bahagia kita. dan 'chats' sememangnya tidak pernah lekang dari jari-jemari kita. seronoknya 'buzz' yang menngejutkan dari tidur, indahnya ziarah 'surprise' khas dari utara scotland, dan terujanya jaulah kita setiap tahun. mengapa perasaannya tidak sama?
adakah kita melalui sesuatu yang berbeza sekarang? tiada lagikah segala hangatnya kasih sayang dan ukhuwwah atau dahulu itu kita memang di alam mimpi?
zasssss... hoi, bangunlah dari kisah semalam.hari ini realiti. panas bahangnya bumi sendiri membuktikan yakinnya kita di jalan ini menuntut pengorbanan. menuntut kita supaya sentiasa memberi-biar poket kosong, biar tenaga kering, biar badan lantak dan luluh.kerana tugas kita masih belum selesai. umat kita perlukan doktor, dan ditakdirkan Allah,kitalah doktor itu.
sekalipun kenangan tidak bisa diulang dalam lipatan sejarah hidup kita, tetapi ia bisa berulang dalam lipatan hidup manusia.jika bukan mereka terdahulu menunjukkan cahaya pada kita, masakan kita dapat mencicip rasa indahnya sekarang.
akhir kata, terima kasih Allah untuk kenangan itu...

Comments

Popular Posts