bila tidur itu satu nikmat


hari ini saya n kwn saya, siti sarah cuba membuat soalan2 seminar AFR. dengan segar bugar selepas mandi dan menyantap sarapan pagi yang enak,kami pun sama-sama mencuba soalan seminar dengan semangatnya.

1 soalan......
2 soalan.......
3 soalan.........


aaaaaaaaaaaaaaaaaa..... kami dah pancit. tidak dapat berfikir lagi. lantas terus masuk bilik masing-masing dan menghempaskan badan di atas katil, tarik duvet dan tidur.... dan itulah tidur yang paling nikmat.

tidur selama sejam setengah itu sangat nikmat sehingga dikejutkan dengan satu bunyi pelik... rupa-rupanya message dari nadiah tentang orang yang tidak tidur 24 jam dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. owh, terus bersyukur pada Allah kerana di kala peperiksaan ini, kami masih mampu untuk menikmati tidur yang sangat enak. kasihan kepada orang-orang lain yang mengalami 'disorder' dalam kehidupan ketika ini...

siti sarah terlajak tidur lebih lama.mungkin dia perlukannya... kami terus berusaha lagi ketika ini....

alhamdulillah, saya masih normal. insyaAllah...

bbq esok dr marjan n sha... suke2 =P

Comments

Popular Posts