kerana kita ini diikat dgn tali Allah

*announcement: dekwan dah balik.tak sabar nak ckp2 dgn dia*


saya ini banyak berfikir sejak akhir-akhir ini.hurm...kenapa ya? entahlah.

semalam sy pergi membeli ayam bersama teman. sementara teman saya membeli barangan lain,saya ditugaskan memesan ayam sebanyak 10 pairs.apa yang saya nak cerita ni? tiba-tiba pakcik yang jual ayam itu bertanya. "Are you Malaysian?" lebih kurang macam itulah ayat dia. saya pun jawablah iye. Pakcik tu terus kata macam mana dia boleh tahu kami ni orang malaysia. sebab the way kitaorg pakai tudung. saya pula ringan mulut bertanya pakcik ni orang mana. dia jawab dia dari pakistan. lepas tu,byk pula dia bercerita. dia nak cakap dia kagum dgn kami yang masih mengamalkan islam walaupun sampai sini.(alhamdulillah) dia susah nak cari words in english, saya pun cuba-cubalah faham juga. banyak jugalah dia cerita,sampai selesai ayam dipotong dan dibungkus. yang buat saya terharu adalah, dia kata sebab dia anggap kami ini macam anak dia,macam sisters dia,sebab itu dia cakap dengan kami.dia takkan cakap if dia rasa kami bukan sebahagian dari keluarga dia. ~terharu~
saya terus berfikir,pakcik ni kami jumpa randomly sahaja,sudah anggap kami seperti famili dia. itulah tali Allah. kami saudara seaqidah.kita ini hanya dihubungkan dengan tali Allah,padahal tiada persamaan lain yang boleh disamakan.

saya ada satu lagi kisah.yang lebih terharu.kenapa semua orang buat saya terharu ni? this weekends saya escape to the real world. dunia di mana seperti dalam impian dan lukisan orang bagaimana apabila islam itu tertegak,macam itulah perasaannya.mari bercakap ttg perasaan. saya ingat apabila kita sudah berada di tempat yg canggih manggih,yang lengkap segalanya seperti rumah yg lengkap,kita akan merasakan itu adalah rumah.rupa2nya rumah itu bukanlah pada lengkapnya dengan peti sejuk,tv,dapur, atau meja makan.tetapi lengkapnya ia sebagai rumah apabila perasaan dan suasana rumah itu ada.dan sudah pastinya Allah saja yang mampu mencampakkan sakeenah ke dalam hati manusia. best sgt-bila lepas solat jemaah, ada org dengan rela hatinya buat tazkirah or tadabbur al-quran. saya lepak2 sambil meletakkan kepala di atas riba teman sy seorg ni.saya meminta dia membaca al-quran kuat sikit.saya mahu tenang di atas pangkuannya-sambil2 cuba menutup mata(tidurlah ni). lantas dia kata,"meh saya tadabbur surah al-ahzab" kami menghabiskan cerita yang x dihabiskan sebelum ini. menarik!!!-saya x jadi tidur.entahlah bila lagi nak rasa best camni. sebenarnya yang saya nak cerita ialah, teman saya ni,saya baru je kenal kat cni-malah,bukan dari uni saya pun.menarik kan? sebab kami dihubungkan dengan tali Allah. saya suka ayat ni sgt2. [8:63]
sebab kami dihubungkan dengan tali Allah

menariklah.saya gembira sampai taknak balik.tapi,kena balik asrama,kena belajar sungguh-sungguh.kena juga dapatkan first class.insyaAllah.

~saya masih senyum~

Comments

Popular Posts