ingin kupenggal kepala lelaki2 ini

Aku bangun pagi ini kerana dikejutkan dengan mimpi semalam. Sesiapa yang punya pengalaman yang sebegini pasti akan menghantui hidupnya sepanjang masa. Apakah yang sebegitu teruk sehingga aku boleh menulis sebegini kasar?
Malam semalam ketika kami menunggu di stesen bas,seorang lelaki(yang bodoh).... Word yang selalu orang sebut-Flasher.Sekali kuat pun seorang wanita itu, dia masih tidak mampu berbuat apa-apa. Malah, seramai mana pun mereka, Masih tidak mampu berbuat apa-apa. Sebab itu aku ingin jadi sekuat dan segarang Umar al_farouk supaya dapat kupenggal saja lelaki-lelaki sebegini.
Perkara ini telah menjadi perbualan hangat sebelum ini, aku tidak mengambil pusing keran tidak terlintas langsung akan menghadapi perkara sebegini. sesungguhnya aku memang sangat marah.Namun, wanita ini masih tidak mampu berbuat apa-apa. Tidak kusalahkan ciptaan Allah kerana mencipta wanita sebegini.Ada hikmahnya. Tetapi, fikiranku menerawang mengapa aku menghadapi perkara sebegini? Adakah ini hukuman terhadap apa yang aku lakukan di siang harinya? perkara ini terlalu mengganggu fikiranku. Sememngnya meluap-luap mahu membunuh sahaja lelaki tersebut.
[sedang mendengar lagu Sabar dendengan Alarm Me]
Aku terfikir, jika aku sekuat Umar yang terus dapat memenggal kepala lelaki tersebut, masalah masyarakat ini tidak selesai di sini saja. Aku pasti di luar sana masih banyak kes-kes sebegini. Kasihan pada budak-budak kecil yang menjadi mangsa. Terfikir betapa Islam itu praktikal di kala ini. Islam menggariskan supaya wanita keluar dengan mahramya. Ini adalah antara sebabnya. Malah, seorang Muslim yang hidup dan faham tanggungjwabnya sebagai Muslim pasti tidak akan melakukan sedemkian. Keimanan yang menjadikan kita sama saja di mana-mana, kerana kita tahu bahawa Allah melihat kita di mana sahaja. Oh, penguatkuasaan sekarang? Memang boleh mengubati sexual harassment sebegini, namun tidak dapat mencegahnya.
Apatah lagi jika masyarakat menganggap perkara sebegini perkara biasa berlaku.Penyelesaiannya sememangnya Islam yang syumul. Marilah kita kembali kepada islam. Marilah kita sama-sama berusaha supaya islam tertegak di muka bumi ini satu hari nnt. InsyaAllah

Comments

Popular Posts